"And now here is my secret, a very simple secret; it is only with the heart that one can see rightly, what is essential is invisible to the eye." By Antoine de Saint-Exupery

Perihal Handphone Aku  

Posted by Ms Kuzie @ Gee @ Nor @ Suka

Baik ko panggil hand phone (“hp”) @ mobile phone @ cell phone @ telefon bimbit @ lain-lain yang sewaktu dengannya, benda yang dirujuk tetap sama gak. Semalam masa hubby bagi assignment suruh survey hp baru tuk dia…. Tiba-tiba aku terimbas balik kenangan dolu-dolu masa binatang ni baru jer muncul di pasaran…. Jom back to late 90’s masa aku mula-mula pakai hp dulu….

I started off with an old bulky Nokia phone (aku dah lupa model pe, phone tu pun dah hilang dari ingatan dah dinaik taraf jadi toy untuk anak-anak buah aku). Dulu model hp memang very limited. Yang glamour seingat aku Motorola model tak tahu. Yang aku pakai dulu ni aku beli second hand jer.. sejebik cam botol air hp budak-budak sekarang. Nak masuk poket depan haram tak muat, kalau poket belakang boleh tu boleh tapi tersembul kuar … huhuhu…. Tapi zaman tu ada hp tak kira besar gedabak camna pun dah kira okaylah sebab tak ramai yang pakai. Seingat aku masa study dulu adalah dua tiga kerat jer yang ada hp dan sebab tulah hp kitaorang jarang sikit berbunyi. Hampeh tul kan dah lah berat… bunyi pun jarang-jarang. Ring tone alahai bunyi cam tepon zaman jepun dulu jer. Pastu aku kumpul duit sikit-sikit beli hp jenis Ericsson T10.. kecik lah comei jer. Baru sesuai ngan aku yang comei gak ni. Itu pun aku beli second jer, rasa-rasanya dalam RM200-300 jer. Almaklumlah masih study…

Bila aku dah start kerja aku let go Ericsson T10 yang second hand tu aku beli yang baru fresh dari kilang Ericsson model yang sama, kaler ijau ni sejebik cam gambor kat atas ni. Masa aku pakai model ini, ex boss aku dulu pun sibuk-sibuk gak pakai model yang sama, pastu ring tone yang sama, kaler yang sama pendek kata semua pun sama. Tension tul kadang-kadang confuse sapa punya hp yang berbunyi dah lah duk dalam satu bilik. Pastu tu aku sold off Ericsson T10 to get my new Nokia 8210. Masa tu, model ini memang famous giler, almost semua orang kat opis aku tu pakai model ni. Ring tone pun dah pelbagai cuma tak de yang real tone jer tapi boleh compose music baru. Tak lama tu, model Nokia 8250 lak keluar. Ini model upgrade dari Nokia 8210. The features on both phones are quite similar but the main difference is the keypad on the 8250. Model ini orang panggil butterfly sebab keypad dia cam bentuk butterfly. Masa tu rega model ini lebih kurang RM1000 lebih. Aku rembat satu sebab tertarik ngan bentuk dia.. it is small and light weight and also stylish..

Bila dah married, hubby belikan hp jenis Sony Ericsson model T610. It was my first color phone. Tapi masa tu model baru banyak keluar. Model ini cam tak berapa glamour sangatlah. Tapi sebab free kan aku tadah tangan jerlah. Hp ini banyak function nyer selain camera, compose music sendiri maksud kata ring tone sendiri lah, pastu ada WAP, bluetooh, leh lah download games banyak2 tak delah lagi games ular yang tak kenyang-kenyang tu. Lain-lain features sama jer macam apa yang ada kat hp lain. Satu jer yang aku tak berkenaan dengan hp ini ialah joystick dia cepat rosak. Kadang2 dia jadi laju lak. Pernah gak masa select sender nak antor sms tersalah antor kat owang lain. Hampeh tul.

Bila joystick hp Sony ini dah rosak, aku pun merengek lah minta hp baru. Dapat gak Nokia 6630 yang aku masih pakai sampai sekarang. Aku rasa dah masuk tahun yang keempat kot pakai hp ini. So far tak de masalah2 yang kritikal. Aku pun puas hati pakai hp Nokia sebab user friendly. Senang jer ko nak guna. Tak macam brand yang lain. Tapi aku rasa aku nak tamatkan riwayat dia supaya dapat hp yang baru (almaklumlah tengah usha hp baru untuk hubby kot-kot leh dapat gak kan...).

Dulu-dulu masa zaman aku study, hp ini lebih kepada keperluan ialah nak antor report kat parents tapi lah ini ia lebih kepada kehendak. Sebabnya zaman-zaman aku dulu hp hanya untuk buat/terima call pastu antor sms. Sekarang owang berlumba-lumba cari hp yang banyak features. Yang boleh buat tu dan ini. Yang rega beribu riban. Budak sekolah rendah, malah silap haribulan budak sekolah tadika pun ada hp diaorang sendiri. Masa dulu kadar penggunaan sms teramatlah rendah, tapi la ni, penggunannya dipeluas sampai boleh mencecah berjuta-juta. Model hp pulak hampir setiap bulan kuar yang latest version entah macam2 model dan brand. Zamann aku dulu dua tiga bulan sekali pun payah nak jumpa model baru.

Zaman betul-betul dah berubah. Terpulang lah pada kita camna nak manfaatkan nyer. Cam aku sendiri, dengan adanya sms ini aku tak yah sibuk2 call boss aku nak bagitau ‘boss, i will be late – very bad jam lor’ atau pun ‘ boss, i am on emergency leave today… bla…bla..’. itu yang aku PALING AKU SUKA pasal sms ni. Tapi yang aku tak suka bila tersalah antor sms… perggghhh nak antor ke hubby leh tersend ke boss lah pulak. Aduhai kantoiiiiii…

Apalah hp yang aku nak recommendkan pada cik abang ni ek ???

This entry was posted on 1:45 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Clock