Aku nak share hari ini perihal "urutan labah-labah" seperti yang digembar gemburkan oleh Ustazah Nor Bahyah. Tanpa rasa was-was aku sarankan korang try benda ini.
- kendur-kendurkan urat tegang di bahagian tengkuk si suami dengan mengurut bahagian tersebut dengan penuh kasih sayang... sesekali berilah ciuman ala-ala malu-malu kucing di tengkuk suami (yang ni aku tambah perisa sendiri ~ cara aku.. ikut kreativiti memasing lah...)
- mengurut pada bahagian bahu sehingga ke lengan
- membuat "jemput-jemput" pada bahagian tulang belikat... (bukan jemput-jemput yang boleh dimakan tu ha) Note: kalau hubby aku, dia panggil ni "ulat bulu"..ishh risau lak jadi gatal cam ulat bulu kang..errrmmm
- mulakan cakaran harimau - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang (buat sesapa yang bela kuku panjang - tempat setan tinggal tu... sila potong pendek sebelum buat cakaran harimau ini. Karang calar balar badan laki ko nyah...)
- langkah ke empat di atas haruslah diselang seli kan ngan urutan labah-labah bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. (huhu paberat hubby ni)
- genggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang (Awas: Lakukan dengan lemah lembut jangan jadikan badan suami tu sebagai punching bag lak)
- Setelah diurut dengan penuh manja dan penuh kasih sayang, pastikan si suami berasa tenang dan seronok, saat dan ketika ini, bisikan kalimah romantik (tak payah ajarlah korang lagi pro dari aku)
- Sendiri mau ingatlahhhhhhhhhh
Warning: langkah-langkah di atas perlulah dilakukan dengan penuh manja dan kasih sayang.
Langkah-langkah di atas bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri pada suami tetapi juga sebaliknya. Kalau nak lebih power lagi gunakan minyak aroma terapi yang bau ala-ala mengkhayalkan dan menghairahkan jangan sesekali pakai minyak urut yang bau aduyaiiii menusuk sampai ke dalam jantung tu. Si tukang urut tu pun kenalah harum semerbak gak jangan lah bau macam kambing gurun yang bertaun tak mandi.
Nabi Muhamad S.A.W bersabda 'mana-mana isteri yang mengurut suaminya tanpa di suruh, maka isteri itu akan mendapat pahala tujuh ketul emas di syurga. 'Manakala mana-mana isteri yang mengurut setelah disuruh oleh suaminya terlebih dahulu maka isteri tersebut akan mendapat pahala tujuh ketul perak di akhirat kelak,''
Apa lagi??? Bukan susah sangat nak dapat pahala dik hoiiiii Renung-renungkan dan selamat beramal!
3 comments