"And now here is my secret, a very simple secret; it is only with the heart that one can see rightly, what is essential is invisible to the eye." By Antoine de Saint-Exupery

Istihdad (Mencukur Bulu Kemaluan)  

Posted by Ms Kuzie @ Gee @ Nor @ Suka

Berapa ramaikah di antara kita yang mengambil berat perihal mencukur bulu kemaluan? Mungkin ada yang tersenyum sipu beranggapan perkara ini adalah remeh dan tidak harus diperbincangkan. Mencukur bulu kemaluan atau Istihdad hukumnya sunnah. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk kebersihan, keselesaan dan kesihatan. Bulu kemaluan yang tidak dicukur akan mengumpul bakteria serta kuman yang terkandung dalam najis dan air kencing kita yang pastinya akan memudaratkan kita.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Harairah R.A., Rasulullah S.A.W, bersabda ”Ada lima perkara yang termasuk fitrah, yaitu: khitan (berkhatan), mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan merapikan janggut” (HR. Bukhari).

Nabi Muhammad SAW pernah berdialog dengan Iblis, antara soalan baginda ialah perihal siapakah yang Iblis paling suka? Jawapan Iblis ialah ” Orang yang paling aku suka ialah laki-laki dan perempuan yang tidak mahu mencukur bulu kemaluan dan bulu ketiak mereka yang telah melebihi 40 hari. Maka akan aku duduk mengecilkan diri di tempat tersebut seperti pejat-pejat membuat sarang, dan akan aku bergantung dan berbuai-buai pada bulu ketiak orang yang tidak mahu cabutnya atau mencukurnya." Dari Anas r.a. menerangkan: "Kami telah diberi tempoh oleh Nabi s.a.w. dalam hal memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur atau menggunting bulu kemaluan agar tidak lebih dari 40 malam. (H.r. Ahmad, Abu Dawud dan lain-lain).

Al-Imam Ahmad rahimahullahu ketika ditanya tentang boleh tidaknya menggunakan gunting untuk menghilangkan rambut kemaluan, beliau menjawab, “Aku berharap hal itu dibolehkan.” Namun ketika ditanya apakah boleh mencabutnya, beliau balik bertanya, “Apakah ada orang yang kuat menanggung sakitnya?”Abu Bakar ibnul ‘Arabi rahimahullahu berkata, “Rambut kemaluan ini merupakan rambut yang lebih utama untuk dihilangkan karena tebal, banyak dan kotoran bisa melekat padanya. Sangat berbeza dengan rambut ketiak.”

Tips mencukur:
  1. Jangan cukur pada kulit yang kering. Sekiranya kulit kering, pisau pencukur akan tersumbat dengan kulit mati dan menghalang anda mendapat kulit yang licin. Oleh itu, disarankan anda menggunakan skrub badan di kawasan terlibat terdahulu untuk mengeluarkan sel-sel kering.
  2. Jangan basahkan bahagian yang hendak dicukur dengan air sejuk. Ini kerana air sejuk akan menutup pori-pori kulit dan menyukarkan bulu dibuang. Alirkan air suam selama kira-kira tiga minit sebelum bercukur.
  3. Gunakan pisau cukur yang betul2 tajam, elakan dari pisau yang tumpul kerana ini boleh melukakan kulit. Pisau seelok-eloknya seminggu sekali. Juga pilih pisau cukur yang bersesuaian dengan anda, yang sesuai dengan gengaman anda.
  4. Elakkan daripada mencukur di bahagian yang luka atau bonjolan kecil kerana anda boleh mencederakan dan merosakkan kulit. Sekiranya perlu gunalah gunting kecil untuk bahagian2 tersebut.
  5. Mulai mencukur dengan bulu di bawah pusat seterusnya di bahagian kanan dan diikuti di bahagian kiri.
  6. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, gunakan produk yang bersesuaian dengan keadaan kulit anda.
  7. Pstikan anda sentiasa membilas bahagian pisau pencukur dengan kerap ketika bercukur supaya pisau pencukur tidak tersumbat dan jangan menekannya terlalu kuat di kulit.
  8. Gunakan krim atau gel mencukur untuk melicinkan lagi proses mencukur. Elakkan daripada menggunakan sabun kerana ia tidak memberikan kesan cukuran seperti yang diharapkan nanti.
  9. Selepas bercukur, sapukan minyak atau pelembap untuk mengelakkan kekeringan dan memberikan kelegaan.
  10. Pastikan kulit anda berehat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum berenang di laut untuk mengelakkan kepedihan akibat terkena air masin.
  11. Bulu yang telah dicukur disunatkan supaya kita menanamnya. Bukan sahaja untuk kebersihan tetapi juga untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak diingin seperti sihir dan sebagainya.

Pelan-pelanlah, jangan tergesa-gesa (untuk masuk ke rumah kalian) hingga kalian masuk di waktu malam –yakni waktu Isya’– agar para istri yang ditinggalkan sempat menyisir rambutnya yang kusut dan sempat beristihdad (mencukur rambut kemaluan). (HR. Al-Bukhari no. 5245 dan Muslim)

This entry was posted on 1:18 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

Anonymous  

patutlah i rasa berat jer yang... rupanya ada yang bergayut...

Clock