"And now here is my secret, a very simple secret; it is only with the heart that one can see rightly, what is essential is invisible to the eye." By Antoine de Saint-Exupery

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 H  

Posted by Ms Kuzie @ Gee @ Nor @ Suka

Rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 H buat semua umat Islam yang melayari blog ini. Semoga tahun baru ini akan membawa keberkatan dan sentiasa dilimpahi dengan rezeki dan kebahagiaan… InsyaAllah.

Setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan, begitu juga aku. Oleh itu, sempena Maal Hijrah ini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf buat insan-insan tersayang yang pernah terluka dengan kelakuan mahupun apa saja yang terpancul dari mulutku yang menyakiti hati dan perasaan. Sesungguhnya aku hanyalah insan kerdil yang menumpang di hujung dunia dan yang pastinya tidak lepas dari melakukan kesilapan. Kealpaan yang pernah ku lalui akan sentiasa menjadi pedoman dalam menempuh hidup yang sememangnya penuh ranjau duri dan berliku.

Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Yang Maha Kuasa, kerana memberi aku kesempatan melangkah ke tahun hijrah yang baru. Pastinya peluang dan ruang yang diberi ini tidak akan ku persia-siakan untuk memperbetulkan segala kepincangan yang ada. Aku ingin berhijrah; yang pastinya dari yang tidak baik ke arah yang lebih baik. Yang baik menuju ke yang lebih baik.. dan begitulah seterusnya. Apa yang kuharapkan ialah sebuah keluarga yang bahagia dan sentiasa peroleh rahmat dariNya. Seorang suami yang penyayang dan sentiasa setia bersama-samaku tatkala susah apatah lagi ketika senang. Yang sentiasa bergading bahu, mengembling tenaga melayari bahtera rumahtangga. Anak-anak yang membahagiakan dan membuat hidupku lebih bermakna… Aku berazam menjadi isteri dan juga ibu yang terbaik buat mereka. Sesungguhnya suami dan anak-anak adalah kurniaanNya yang tidak ternilai harganya.

Ya Allah Kau bantulah aku merealisasikan impianku ini. Jadikanlah aku lebih sabar, kuat dan sabar menghadapi segala dugaanMu.

This entry was posted on 4:20 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Clock