Sebut sahaja lintah, pasti kebanyakkan kita akan berasa geli dan ketakutan. Dalam kes ini, aku tak ketinggalan… Bila hubby bagi suggestion nak buat lintah, perkara pertama yang terlintas dalam benak fikiran aku ini, “adui ini kang aku digeget nya lak kang…”.Geli geleman jer rasanya… bila tengok fizikal lintah itu sendiri. Aku sendiri pada asalnya bersetuju dengan cadangan bernas hubby tu lebih kepada soal $$$. Tapi bila dihalusi peri pentingnya lintah itu sendiri dalam bidang perubatan dan komestik rasanya nawaitu asal aku itu akan berubah..
Haiwan yang dianggap “tak berapa cantik” oleh segelintir orang ini sebenarnya mempunyai manfaat yang besar dalam hidup. Ia bukan sahaja mampu mengeluarkan darah kotor serta mencairkan darah beku malah telah terbukti keberkesanan penggunaannya dalam perubatan. Lintah adalah sejenis haiwan yang pelik kerana ia mempunyai sifat jantan serta betina dalam satu badan. Namun masih perlu menjalani proses mengawan untuk menghasilkan telur-telur lintah. Habuan untuk lintah iaitu belut juga bukanlah sesuatu yang susah untuk diperolehi, terutama di kawasan ternakan lintah yang hubby usahakan di Kuala Selangor. Darah belut dikenal pasti sebagai makanan yang paling berkhasiat untuk lintah. Selain darah belut, lintah juga boleh mendapatkan sumber permakanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu. Ada juga segelintir penternak lintah yang menghasilkan makanan organik untuk lintah yang dikatakan akan mempercepatkan proses pembesaran lintah itu sendiri.
Mengenali lintah dengan lebih mendalam sebenarnya adalah sesuatu yang menarik. Lintah di katakan mampu untuk membesar 6 hingga 10 kali saiz asalnya. Wow… cukup besar untuk mengeget tubuh ku yang kecik molek ini ;) Lintah suka berlindung dikawasan yang lebih redup dan sejuk. Dan untuk itu, biasanya pokok kiambang diletak di dalam kolam untuk dijadikan tempat berlindung selain pecahan-pecahan pasu yang dijadikan istana tempat mengumpul telur dan pembiakan.
Secara jujur, aku akui masih belum mengenali lintah dengan lebih mendalam. Belum lagi mempunyai kekuatan fizikal dan mental untuk membelainya… or even melihatnya dari jarak yang dekat.. (selalu dok mengintai dari tirai kamar jer..). Tapi bak kata pepatah… tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, aku kena lah mengenali lintah dengan sebenar-benarnya sebelum mampu untuk memegangnya. Masanya akan tiba bro keli.. don’t worry….. Lintah.. here I’m coming…

This entry was posted
on 3:52 PM
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
0 comments