Perpaduan Teras Kejayaan
Pelik eik.. masih ada yang terpinga-pinga bila ditanya negara menyambut kemerdekaan yang ke berapa ... Orang-orang yang tak de semangat nasionalisme langsung. Sebabnya kita tidak merasa kepayahan orang-orang yang terdahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan. Sebenarnya tugas kita yang lahir selepas merdeka ini lagi payah iaitu mempertahankan kemerdekaan itu sendiri. Sebenarnya adakah MALAYSIA ini sudah benar-benar merdeka??? Definisi merdeka itu sendiri bagi aku bukan sahaja kita keluar dari cengkaman penjajah tapi lebih dari itu. Sesungguhnya apabila kita menyusuri akar perjuangan kemerdekaan, ternyata ia telah banyak menumpahkan keringat, darah dan airmata orang-orang yang terdahulu. Allahyarham ayahanda serta bonda aku sendiri selalu mengimbas kembali kenangan pahit yang mereka lalui sebelum negara kita merdeka. Kesengsaraan dan penderitaan yang mereka lalui masih terpahat segar di ingatan mereka dan semestinya golongan-golongan inilah yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kehidupan yang kita kecapi kini. Kita sendiri generasi selepas merdeka tidak pernah berasa puas dengan apa yang kita perolehi... sentiasa mahukan yang lebih dan lebih....
Lihat sahaja bangsa Melayu hari ini... sama sepusat sepusing tapi hanya kerana pendapat politik yang berbeza tak bertegur sapa. Malah ada yang lebih teruk dari itu. Entahlah kenapa orang Melayu ini mudah lupa... tak pernah cuba untuk belajar dari kesilapan. Tak pernah sedar yang bangsa-bangsa asing sedang bertepuk tangan melihat kehancuran orang Melayu itu sendiri. Orang-orang beginilah yang bakal menghancurkan negara kita yang tercinta ini dalam diam. Tapi masalah besarnya...mereka ini tidak sedar dan akan sedar bila semuanya dah hancur.
Musuh-musuh orang Melayu datang dengan pelbagai cara dan agenda mereka. Bayangkan jika orang Melayu tidak berganding bahu membina kubu untuk mempertahankan hak dan kedaulatan orang Melayu... lambat laun kita sebagai orang Melayu akan hilang segalanya. Cukuplah suatu ketika dulu peristiwa hitam 13 Mei 1969 terpalit dalam lipatan sejarah. Jangan izinkan peristiwa seumpama itu berulang lagi... Jika kita sebagai orang Melayu tidak mengambil inisiatif mempertahankan hak dan kedaulatann orang Melayu, siapa lagi yang boleh diharapkan. Orang-orang yang mempersoalkan dan memperlekehkan hak dan kedaulatan Melayu perlu mendalami dan menghayati sejarah masa lampau sebelum boleh bersuara lantang.. Mereka yang buta sejarah dan buta warna ini perlu berterima kasih kerana diberi hak-hak yang sebenarnya mereka tidak layak terima.
Perkara-perkara seumpama ini tidak seharusnya diperdebatkan dan dipertikaikan lagi kerana semuanya telah termaktub dalam perlembagaan negara. Kalau suara-suara sumbang terus kedengaran, ia akan mengundang lebih banyak lagi polimik yang tiada penghujungnya.
Bangkitlah orang Melayu! Buangkan jauh-jauh sifat mementingkan diri sendiri yang akan menghancurkan bangsa Melayu sendiri. Tanpa menoleh ke belakang lagi, marilah kita mengembling seluruh kekuatan orang Melayu dengan satu suara dan satu nada tidak kira bila, di mana dan walau apa keadaan sekalipun.
Hanya keutuhan yang berpasak dan pertunjangkan keikhlasan, kebijaksanaan dan kematangan mampu mencetuskan perjuangan orang Melayu yang tiada penghujungnya. Sempena bulan merdeka ini, imbas kembali sejarah lampau perjuangan orang-orang terdahulu yang bermati-matian membebaskan agama, negara dan bangsa dari cengkaman penjajah untuk kita generasi selepas merdeka. Semoga keinsafan dan kesedaran terbit dari sanubari...

Sedih bila mengenangkan orang-orang asing mempertikaikan hak orang Melayu di
bumi Melayu ini. Seolah-olah kita yang menumpang teduh di bumi bertuah
ini. Melayu yang semakin terpinggir di bumi sendiri..
This entry was posted
on 1:00 AM
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
0 comments