"And now here is my secret, a very simple secret; it is only with the heart that one can see rightly, what is essential is invisible to the eye." By Antoine de Saint-Exupery

Adat Jejak Tanah / Turun tanah  

Posted by Ms Kuzie @ Gee @ Nor @ Suka

Pada hujung minggu yang lalu, aku berkesempatan menyempurnakan adat jejak tanah / turun tanah for my second daugther.

Apa itu adat jejak tanah atau turun tanah??? Di kalangan generasi muda khususnya, mungkin tidak ramai yang biasa mendengar adat jejak tanah atau juga dikenali adat turun tanah. Adat jejak tanah / turun tanah dilakukan untuk si kecil yang sedang belajar bertatih @ berjalan. Adat ini begitu simbolik kerana ia merupakan pertama kalinya kaki dijejakkan ke tanah. Orang-orang terdahulu tidak membenarkan anak-anak kecil menjejak tanah selagi adat ini tidak dilaksanakan. Ia juga menandakan kelangsungan hidup ke arah yang lebih dewasa. Cara adat ini dipraktikkan mungkin berbeza-beza mengikut daerah dan keturunan.

Eqin ketika turun tanah...huhuhu menangis dia..
Memandangkan nenek sebelah ibu aku merupakan bangsa melayu jawa… cara aku lebih cendurung ke arah masyarakat jawa. Adat ini dimulakan dengan si kecil ini ditatih dari pintu rumah sehingga menjejak tanah. Lazimnya, zaman dahulu rumah-rumah yang mempunyai tangga, ia dimulakan juga dari pintu, seterusnya menuruni tangga dan menjejak tanah. Ia dilakukan berulang-ulang sekurang-kurangnya empat kali. Kemudian, si kecil ini akan dimandikan dengan bunga-bungaan dan wangian.
Air bunga dan wangian

Dulang yang diisi dengan barang

Setelah itu, beberapa barang seperti bedak, sikat, pen, buku, buku agama dll akan diletakkan di dalam sebuah dulang. Dulang ini kemudiannya diletakkan di hadapan si kecil. Kononnya tiga barang pertama yang diambil oleh si kecil akan menentukan karektor mereka apabila dewasa kelak. Umpamanya, jika si kecil mengambil pen atau buku, maka beliau apabila dewasa kelak akan menjadi orang yang pandai dan rajin belajar.

Bagi masyarakat Jawa, biasanya sejenis bubur yang dipanggil “bubur cendel” akan disediakan setelah adat jejak tanah / turun tanah ini selamat disempurnakan. Bubur ini kemudiannya akan dijamu kepada jiran tetangga.

Adat seperti ini telah hampir luput ditelan zaman. Ia dianggap tidak lagi relevan dengan kehidupan moden dewasa ini. Teramat jarang sekali kita mendengar ada generasi muda yang masih mengamalkan adat ini. Bagi aku sendiri, mungkin kerana ibu masih berpegang teguh dengan adat istiadat turun temurun maka kami masih terus mengamalkannya. Biarlah masyarakat menganggap kami hidup dalam kekolotan namun di hati kecil ini, bunga-bunga kebanggaan tetap bersemi...

This entry was posted on 2:47 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

4 comments

Anonymous  

sib baik tak jejak kasih...
kalau jejak kasih....menangis la ekau kat depan camera..uwaaaaaaaaaaaaaaaa..

kasih tu tak payah dijejak... di akan datang secara natural..hehehehe

lama aku tk dgr psl adat tuh suka...n tk pnh buat pung huhuhu

Anonymous  

bukan adat orang RAWA ke jejak tanah ni?

Clock