Apa itu adat jejak tanah atau turun tanah??? Di kalangan generasi muda khususnya, mungkin tidak ramai yang biasa mendengar adat jejak tanah atau juga dikenali adat turun tanah. Adat jejak tanah / turun tanah dilakukan untuk si kecil yang sedang belajar bertatih @ berjalan. Adat ini begitu simbolik kerana ia merupakan pertama kalinya kaki dijejakkan ke tanah. Orang-orang terdahulu tidak membenarkan anak-anak kecil menjejak tanah selagi adat ini tidak dilaksanakan. Ia juga menandakan kelangsungan hidup ke arah yang lebih dewasa. Cara adat ini dipraktikkan mungkin berbeza-beza mengikut daerah dan keturunan.

Dulang yang diisi dengan barang
Setelah itu, beberapa barang seperti bedak, sikat, pen, buku, buku agama dll akan diletakkan di dalam sebuah dulang. Dulang ini kemudiannya diletakkan di hadapan si kecil. Kononnya tiga barang pertama yang diambil oleh si kecil akan menentukan karektor mereka apabila dewasa kelak. Umpamanya, jika si kecil mengambil pen atau buku, maka beliau apabila dewasa kelak akan menjadi orang yang pandai dan rajin belajar.
Bagi masyarakat Jawa, biasanya sejenis bubur yang dipanggil “bubur cendel” akan disediakan setelah adat jejak tanah / turun tanah ini selamat disempurnakan. Bubur ini kemudiannya akan dijamu kepada jiran tetangga.
Adat seperti ini telah hampir luput ditelan zaman. Ia dianggap tidak lagi relevan dengan kehidupan moden dewasa ini. Teramat jarang sekali kita mendengar ada generasi muda yang masih mengamalkan adat ini. Bagi aku sendiri, mungkin kerana ibu masih berpegang teguh dengan adat istiadat turun temurun maka kami masih terus mengamalkannya. Biarlah masyarakat menganggap kami hidup dalam kekolotan namun di hati kecil ini, bunga-bunga kebanggaan tetap bersemi...
4 comments