"And now here is my secret, a very simple secret; it is only with the heart that one can see rightly, what is essential is invisible to the eye." By Antoine de Saint-Exupery

Fahami hatinya… selamilah dalam-dalam… agar kau dapat terokai perasaannya yang halus…  

Posted by Ms Kuzie @ Gee @ Nor @ Suka

Seorang sahabat mengadu yang dia sentiasa berasa sangsi dengan kesetiaan dan cinta suaminya selepas suaminya berlaku curang setahun yang lepas. Pun begitu, kasih sayang dan rasa cinta beliau terhadap lelaki yang bergelar suami itu tidak pernah luntur. Beliau begitu trauma dengan badai yang pernah melanda rumahtangga mereka. Setelah banyak pengorbanan yang dilakukan, beliau seolah-olah tidak dapat menerima hakikat kecurangan si suami. Secara peribadi, sebagai seorang wanita juga isteri, aku amat memahami mixed feelings yang dialami. Dan bukan jalang-jalang wanita mampu menghadapinya. Hati wanita jika sudah terguris walau sekali memang bukan mudah nak heal up. Itulah keunikan wanita yang tidak pernah difahami dan cuba difahami oleh mahkluk yang bergelar lelaki.

Walaupun pada dasarnya, hati kecil memaafi kekhilafan si suami namun jauh di sudut hatinya masih menangis.. Melupakan? Mungkin tidak semudah dilafazkan. Realitinya setiap kita mempunyai sejarah semalam masing-masing. Sejarah umumnya bukanlah untuk ditangisi, tetapi seharusnya dijadikan pedoman dan panduan untuk terus melayari bahtera rumahtangga. Aku tidak pernah menegah sahabat untuk berasa sangsi terhadap suaminya kerana aku yakin sesiapa saja yang berada ditempat beliau pasti akan mengalami perasaan yang sama. Pun begitu, aku tidak juga menggalakkan perasaan itu wujud kerana khuatir ia boleh menjadi tembok penghalang antara beliau dan suami.

Si suami di pihak yang satu lagi, perlu lebih memainkan peranan untuk mengembalikan kepercayaan si isteri. Berubah semata-mata tanpa membuktikan apa-apa tidak akan membawa kesan pada si isteri. Memang sudah fitrah seorang isteri, sentiasa suka dibelai dan dimanja. Sentuhan yang walau pada padangan suami begitu remeh sebenarnya amat dihargai oleh seorang isteri. Justeru apalah salahnya jika si suami mengambil inisiatif untuk menunjukkan kasih sayang beliau melalui sentuhan. Pelik tapi benar, bila sudah punya ikatan yang halal sentuhan sudah berkurangan malah yang lebih kritikal mungkin tiada langsung. Alasan yang tidak munasabah diberi; “semua itu tidak perlu…”. Lelaki sememangnya payah untuk meluahkan atau mengekspirasikan rasa cinta mereka. Mereka terlalu ego untuk menzahirkan kasih sayang mereka terhadap pasangan. Bagi mereka itu semua hanya terhad semasa bercinta. Tetapi itulah yang sebenarnya dinanti-nantikan oleh si isteri. Alangkah moleknya jika rasa cinta tetap segar walaupun usia menginjak senja. Cinta sejati tidak akan berubah walaupun dimamah usia.

Buat sahabat, tidak perlulah tertunggu-tunggu sentuhan dan belaian dari si suami walaupun kita berhak untuk mendapatkannya, sebaliknya curilah peluang dan ruang untuk bermanja dengan suami. Jika selama ini tidak pernah mandi bersama, mulakan jika ada peluang di depan mata. Jika sebelum ini hanya bersalaman ketika hendak berpisah ke tempat kerja, lipat gandakannya ketika hendak tidur, balik dari kerja dan di kesempatan-kesempatan lain. Sesungguhnya akan gugurlah dosa-dosa kecil seorang isteri ketika bersalaman dengan suaminya. Seandainya sebelum ini, kita menggunakan panggilan yang kurang manja, sesekali ubahlah kepada yang lebih romantik seperti sayang, manja dsb. Semoga dengan semua ini, suami akan tersentuh dengan kesungguhan isteri untuk memperbaiki keadaan. Selalulah berdoa supaya kasih sayang bertambah kukuh dan teguh dan cintanya hanya milik kita.

Sememangnya hubungan suami isteri punyai banyak cabaran. Ibarat roda, ada kalanya kita di bawah, ada kalanya kita di atas. Hanya dengan kebijaksanaan kedua-dua pihak menangani apa jua masalah, keharmonian rumahtangga dapat diperlihara. Jika sebaliknya pasti rumahtangga keberantakan dan porak peranda.
Ya Allah jika dia benar untukku.. tetapkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku.. damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu

This entry was posted on 6:48 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

Anonymous  

Jalang-jalang? hahahahaha calang-calang lah... aku assume tu typo error lah kan

Clock