"And now here is my secret, a very simple secret; it is only with the heart that one can see rightly, what is essential is invisible to the eye." By Antoine de Saint-Exupery

Gempar: Kepala Babi di Dalam Surau Akademi Pengajian Islam UM  

Posted by Ms Kuzie @ Gee @ Nor @ Suka

Memang terkezut beruk bila dapat email pagi ini perihal kepala babi kat diletakkan di dalam surau kat UM… Aku rasa ishhhh tak tahu aku nak cakap apa pada orang yang dok letak “benda” ni, rasa nak samakan jer dia tu ngan benda yang diletakkan tu… Tapi tak pe… Allah Maha Kuasa… orang yang buat benda ini pasti mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan diaorang sebab meletakkan benda tu ditempat yang suci seumpama itu… Sedih betullahhh


Extracted from email received this morning;

Kuala Lumpur , 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan 'PMI, PRO M, PAS' dijumpai di dalam surau tersebut.Kepala binatang tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi sebelum Subuh.Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam."Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam).Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,"ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.

Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus."Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang, selin itu, isu ini sengaja dicetuskan bagi mengalih perhatian umum kepada isu rasuah yang lebih besar,"ujar beliau.

Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya..Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan kamputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya. Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini.

Bahang pilihanaraya kampus Universiti Malaya semakin hangat. Kehangatan yang dirasai bukan hanya kepada mahasiswa bahkan juga Umat Islam yang mana Istitusi mulia umat Islam iaitu masjid dihina. Kepala Babi dibelah dua dan diletakkan di dalam Masjid Akademi Pengajian Islam. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.00 pagi yang mana disedari oleh dua orang mahasiswa Univerisiti Malaya. Tindakan telah diambil oleh pihak Keselamatan Uiniversiti Malaya dan juga pihak berkuasa Polis berhubung dengan kejadian yang menghina institusi Umat Islam tersebut. Kejadian ini merupakan kejadian yang pertama kali berlaku di dalam Universiti Malaya.

This entry was posted on 5:47 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Clock