"And now here is my secret, a very simple secret; it is only with the heart that one can see rightly, what is essential is invisible to the eye." By Antoine de Saint-Exupery

Terkenang semasa dulu…  

Posted by Ms Kuzie @ Gee @ Nor @ Suka

Korang ada tak lagu-lagi yang bila korang dengar jer korang teringat akan “seseorang” @ sesuatu peristiwa. Aku sendiri ada beberapa lagu yang bila aku dengar jer… automatic aku terflash back kisah-kisah lampau yang terlampau. Semua ini tak disengajakan beb.. dan juga tak de sebarang paksaan. Well meh aku kongsi lagu-lagi nostalgia aku..

  1. Kita ditakdirkan jatuh cinta – Spring
    - hubby pernah sms dari kejauhan semata-mata nak tujukan lagu ini buat aku. Masa tu ada program “Istimewa bersama Spring” kat TV1. Aku bukan layan sangat program2 nyanyi cam ni. Tapi disebabkan hubby tujukan lagu ni buat aku, terpaku gaklah buat seketika depan TV tu… Alahai jiwang karatz gak hubby aku ni. Lebih kurang ginilah sms dari dia “ Yang, cuba tengok TV1 sekarang ni. Lagu tu, abang tujukan khas buat ayang”.. Ahaks… tersenyum2 kambing aku masa tu.
  2. Di pintu mahligai - Saleem (Iklim)
    - “seseorang” yang biarlah aku gelarkan sebagai “M” pernah bagi surat cinta yang penuh dengan bedak. Di akhir surat tu diselitkan lagu ni. Bila aku amati bait-bait lirik nyer. Penuh dengan tersurat dan tersirat. Tapi apakan daya.. tangan yang dihulur aku tak dapat nak menyambut nyer…. Huhuhuhuhu…
  3. Aku sebutir pasir – Fauziah Latiff
    - Masa aku form 4 dulu, aku pernah masuk pertandingan nyanyian kat sekolah. Lagu ini kira lagu keramat aku lah sebab aku dapat tempat ke-2 masa tu. Zaman tu masih hingus-hingusan lagi Tapi confident level aku tinggi bebenor beb masa tu sebab aku memang bercita-cita nak jadi penyanyi. Kelakar kan.. tapi itulah hakikatnya. Aku gak pernah ada group rap aku sendiri. Yelah masa tu irama rap memang tengah top. Pantang gak dengar ada konsert 4u2C, Nico, perform dekat Klang. Aku pasti dok menyelit. Tapi bila aku dah matang, malas lah terkinja-kinja cam monyet kena belacan. So aku kuburkan jer hasrat nak jadi penyanyi tu. Korang jangan tak tahu, aku pernah rakam suara aku sendiri dengan niat nak hantar kat recording company. Sekali tu kantoi lak ngan kakak aku. Cis...cis....
  4. Penawar Rindu – Datin Orkid Abdullah
    - Tahun pertama aku join company aku sekarang ni. Aku dikehendaki join Company Retreat kat Port Dickson. Malam terakhir diadakan makan-makan dan huhahuha punya party. Dan untuk membuktikan yang aku ni jenis yang supporting giler, aku terus meluru untuk mensumbangkan suara aku. Perrgghhhh memang semua orang terperanjat beruk. Yang kelakar nyer memang aku betul-betul MENSUMBANGKAN suara. Tapi sebab majority yang ada kat situ memang high (aku terkecualilah) giler so diaorang belasah jer tepuk tangan. Bravo..bravo… Tapi ada seorang akak tu namanya Norsiah dia volunteer naik atas stage jadi backup singer aku. Wakakakakakaka lawak giler. Hati kering tul rasanya. Tiba sampai sekarang aku masih musykil dan tertanya-tanya kenapa dalam banyak-banyak lagu, lagu zaman mak bapak aku lak yang aku pilih... Big question mark???
  5. Selamat Tinggal Cinta – Arena
    - lagu ini mengingatkan aku pada bro “A” yang pernah duk bertentangan dengan gumah aku. A telah kembali kerahmatullah akibat lemas semasa scuba diving. Kerana A lah gumah aku banyak lobang kat dinding. Untuk memudahkan aku skodeng dia masa dia tengah duk main gitar kat tangga. Apa-apa pun semoga A tenang di sana. AMIN.

Sekian, Wassalam.

This entry was posted on 9:53 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Clock